NAMA : FATINAH BINTI MOHD NAZIR.
NO.MATRIK : A141698.
KOD KURSUS : SKAD1273 (RERUANG DAN PEMBANGUNAN)
TAJUK : KERJA LAPANGAN DI SEREMBAN.
NAMA PENSYARAH : PROF.MADYA ABDUL HADI BIN HARMAN SHAH.
Pada 11 Disember 2012,pelajar-pelajar Sains Pembangunan (2012/2015) telah
ditugaskan untuk melakukan satu kajian lapangan bagi kursus Reruang dan
Pembangunan yang dijalankan di Bandar Seremban.Kajian ini dilakukan bertujuan
untuk mengenalpasti nod (perhentian), laluan dan mercu tanda yang terdapat di
sepanjang perjalanan ke bandar tersebut dan yang terdapat di Bandar Seremban
itu sendiri.Selain itu,kajian ini juga dilakukan adalah untuk melihat sejauh
mana pembangunan yang berlaku di Bandar Seremban.
Laluan Ke Seremban
Pada pukul 8.00 pagi,kami sudah mula berkumpul di Stesen KTM UKM dan
menaiki kereta api pada pukul 9.00 pagi menuju ke Seremban.Bermula di stesen
KTM UKM tersebut,kami melalui pelbagai laluan sebelum sampai ke destinasi
utama.Antara laluan yang terlibat sepanjang perjalanan kami dari stesen KTM UKM
ke stesen KTM Seremban dapat dilihat dalam carta di bawah.
Nod (Perhentian)
Bermula dari Stesen KTM UKM ke Stesen KTM Seremban,terdapat beberapa nod
yang dapat dikenalpasti.Antara nod yang terlibat sepanjang perjalanan ini ialah
:
1) Stesen KTM UKM.(tempat permulaan)
2) Stesen KTM Bangi.
3) Stesen KTM Batang Benar.
4) Stesen KTM Nilai.
5) Stesen KTM Labu.
6) Stesen KTM Tiroi.
7) Stesen KTM Seremban (Nod Terakhir)
Mercu Tanda.
Apabila sampai di Bandar Seremban,kami mula mengenalpasti mercu tanda yang
terdapat di bandar tersebut.Di antara mercu tanda yang dapat dikenalpasti ialah
seperti berikut :

Gambar 1 : Monumen Sejarah Stesen Kereta api Seremban.Menjadi mercu tanda bagi
stesen kereta api ini.
Gambar 2 : Kuil Sri Bala Thandayuthapani.Kuil
ini menjadi salah satu mercu tanda sebagai tempat ibadat agama hindu.
Gambar 3 : Majlis
Pembandaran Seremban juga menjadi salah satu mercu tanda di Bandar
Seremban.Selain kegunaannya sebagai tempat pentadbiran bandar,seni bina yang
berunsurkan Minangkabau dapat memperkenalkan Negeri Sembilan sebagai negeri
yang masih memegang teguh dengan adat tersebut.
Sesi temubual Bersama Peniaga di Sekitar Bandar.
Setelah selesai mengenalpasti mercu-mercu di atas,kami telah berpecah
kepada 8 kumpulan untuk menjelajah sekitar bandar tersebut untuk menemubual
para peniaga serba sedikit mengenai Bandar Seremban dan Pembangunannya.Saya
bersama ahli kumpulan yang terdiri daripada saya sendiri Fatinah binti Mohd
Nazir,Masyita binti Mohd Hadi,Nurul Safinas binti M.Hanafiah dan Nor Arzian
binti Abd.Wahab,mula membahagikan tugas seterusnya memulakan kajian kami di
Jalan Dato’Bandar Tunggal.Pada awalnya kajian kami tidak berjalan dengan lancar
kerana mendapat penolakan daripada pihak peniaga.Setelah menjelajah hampir
sepuluh buah kedai,kami telah mendapat kerjasama yang baik daripada lima orang
peniaga di sekitar jalan tersebut seterusnya melengkapkan kajian kami di Bandar
Seremban.Antara para peniaga yang sempat kami temubual ialah seperti berikut :
1) Mohd Taib bin Mohd Idris. (Warung Pak
Taib)
-
Encik
Mohd Taib yang berusia sekitar 70-an memiliki sebuah warung yang diberi nama “Warung
Pak Taib”.Warung yang menyediakan makanan (makanan bungkus sahaja tanpa makanan
panas) dan minuman ini mula diusahakan seawal tahun 1982 sehingga ke hari ini
oleh dirinya sendiri.Warung yang terletak di bahagian belakang bangunan ini
seawalnya terletak dibangunkan di sekitar Jalan Sekamat.Namun demikian,beliau
terpaksa berpindah ke Jalan Dato’Bandar Tunggal akibat daripada tapak asal
tersebut diambil alih untuk dibina bangunan yang baru.Warung Pak Taib ini akan
beroperasi seawal jam 7.00 pagi sehingga jam 5.00 petang.Kebanyakkan
pelanggannya terdiri daripada kakitangan-kakitangan yang bekerja di
sekitarnya.Menurut beliau,pendapatan yang diperoleh untuk sehari ialah sekitar
RM 40 hingga RM 45 dan ia bergantung kepada seberapa ramai pelanggan yang
berkunjung ke warung beliau.Berikut antara gambar Warung Pak Taib.
2) Dato Haji Matchal bin Abd
Majid.(Percetakan World Machine Trading)
-
Syarikat
Percetakan World Machine Trading ini dimiliki oleh Dato Haji Matchal bin Abd
Majid.Namun demikian pada hari tersebut kami hanya berpeluang untuk menemubual
pekerja beliau sahaja.Menurut pekerja beliau,syarikat percetakan ini mula
dibuka pada tahun 1994.Ia terdiri daripada 18 orang pekerja dibawahnya.Selain
perkhidmatan percetakan kad,kad jemputan dan poster,syarikat ini juga
menyediakan perkhidmatan menjilid,stamping,typesetting,dan reka bentuk(grafik).Pada
awalnya,syarikat ini dibina bersebelahan dengan sebuah restoran.Namun
demikian,restoran tersebut telah berpindah ke tempat lain menyebabkan Syarikat
Percetakan World Machine mengambil keputusan untuk membeli lot kedai restoran
berkenaan.Syarikat ini kemudiannya diubahsuai dan diperbesarkan menjadi dua
lot.Para pelanggan syarikat ini ialah terdiri daripada orang awam dan pihak
kerajaan yang sering mengambil tempahan percetakan poster.Berikut merupakan
antara gambar sekitar Syarikat Percetakan World Machine Trading.
3) Encik X. Yan Foo. (Imbi Cake House)
-
Imbi
cake House merupakan sebuah kedai yang dimiliki oleh Encik X. Yan Foo.Kedai kek
ini telah dibuka semenjak tahun 1982 sehingga kini dan ianya dibangunkan
sendiri oleh beliau dan ahli keluarganya.Tetapi beliau ada juga mengambil
beberapa pekerja dari luar untuk bekerja di kedai ini.Setakat ini Imbi Cake
House mempunyai lapan orang pekerja yang terdiri daripada ahi keluarganya dan
pekerja luar.Waktu operasi pula akan bermula pada jam 9.00 pagi sehingga jam
8.00 malam.Kedai ini menjalankan perniagaan pembuatan kek dan roti dan sering
mendapat mengambil tempahan kek untuk majlis-majlis keraian seperti majlis
perkahwinan,ulangtahun dan sebagainya.Sebelum kedai ini dibangunkan di di Jalan
Dato Bandar Tunggal tersebut,kedai beliau ini pernah bertapak di Lahang
(berdekatan balai bomba).Namun demikian,disebabkan kawasan itu juga diambilalih
untuk dibina lot kedai yang baru membuatkan beliau mengambil keputusan untuk
berpindah ke kawasan sekarang.Menurut beliau lagi,lokasi ini mulanya manjadi
lokasi yang strategik,namun disebabkan wujudnya hypermarket berdekatan dengan
lokasi berkenaan menyebabkan pelanggan lebih tertumpu di hypermarket tersebut
untuk membeli kek dan roti.Encik X. Yan Foo sering mengikuti seminar dan kursus
untuk membuat kek di dalam dan di luar negara.Antara negara yang pernah beliua
kunjungi untuk menghadiri seminar ialah Taiwan,Hong Kong dan Singapura.Beliau
juga sering mengambil bahagian dalam pameran Asian Food Kuala Lumpur yang akan diadakan setiap dua tahun
sekali.Berikut merupakan gambar-gambar di dalam Imbi Cake House dan antara
tempahan-tempahan kek yang dibuat.
4) Mr.Go (Fancy Lighting (SR) Sdn.Bhd)
- Syarikat
Fancy Lighting pula dimiliki oleh Mr.Go.Ia terletak berhampiran dengan pusat
bandar dan laluan utama.Perniagaan ini mula dijalankan seawl tahun 1992 hingga
sekarang.Syarikat ini memiliki syarikat induk yang terletak di Johor Darul
Takzim.Syarikat lampu hiasan ini hanya mempunyai tiga orang pekerja
sahaja.Sudah tentu barangan utama yang dijual di syarikat ini ialah lampu
hiasan yang terdiri daripada pelbagai reka bentuk dan aksesori untuk lampu
hiasan yang lain.Berikut merupakan antara gambar di sekitar Syarikat Fancy
Lighting berkenaan.
5) Mr.Wong (Stainless Steel Manufacturer)
- Mr.Wong pula memiliki Syarikat Stainless Steel Manufacterer yang baru
dijalankan selama dua tahun.Tapak perniagaan syarikat ini sebelumnya merupakan
tapak kedai bagi perniagaan penjualan kereta.Kakitangan ini syarikat pula hanya terdiri daripada lima
orang sahaja.Syarikat Stainless Steel Manufacterer ini akan beroperasi pada jam
9.00 pagi sehingga 6.30 petang.Syarikat ini menjual barangan-barangan industri
seperti oven,sinki,peti sejuk dan sebagainya untuk kegunaan perniagaan.Berikut
merupakan antara gambar di sekitar syarikat berkenaan.
6) Encik Teh Eng Sheng @ Ah Teh. (CT Star Automart)
- CT Star Automart merupakan satu syarikat yang menjalankan penjualan
kereta-kereta baru dan terpakai.Ia mula beroperasi sejak tujuh tahun yang lepas
iaitu pada tahun 2005.Syarikat ini mempunyai syarikat induk yang juga terletak
di Seremban iaitu di Jalan Rahang.Ia akan dibuka seawal jam 8.00 pagi dan akan
tamat operasi pada jam 6.00 petang.Antara kereta yang dipamerkan disitu terdiri
daripada beberapa jenis model tidak kira dari keluaran dalam negara atau luar
negara.Para pelanggan syarikat ini kebanyakkannya terdiri daripada penduduk
sekitar Negeri Sembilan dan ada juga daripada negeri luar.Berikut merupakan
antara gambar yang diambil sekitar Syarikat CT Star Automart.
Kesimpulanya,Kebanyakkan peniaga yang telah kami temubual sudah lama
menjalankan perniagaan mereka di Bandar Seremban ini.Ada di antara mereka
terpaksa berpindah daripada tapak asal perniagaan mereka disebabkan berlakunya
pembangunan di kawasan tersebut.Keadaan ini selalunya berlaku kepada peniaga
yang mempunyai modal yang kecil untuk mendapatkan kembali tapak perniagaan
asal.Terdapat juga peniaga mendapat kelebihan daripada pembangunan yang berlaku
di Bandar Seremban ini sehingga berpeluang membuka cawangan syarikat atau kedai
mereka.Keadaan ini pula sering terjadi kepada peniaga yang mempunyai modal yang
besar.Selain itu,kami juga dapat mengenalpasti bahawa kebanyakkan peniaga di
bandar ini terdiri daripada kaum cina berbanding peniaga daripada kaum melayu
dan india.Bandar ini juga boleh dikatakan mempunyai perkhidmatan awam yang lengkap
untuk penduduk setempat seperti stesen bas dan teksi,pusat membeli-belah
(Parkson) dan pelbagai jenis restoran makanan segera.
No comments:
Post a Comment