Thursday, 27 December 2012

Tugasan 3 - Analisis Kualitatif

ANALISIS KUALITATIF

PENGENALAN.

          Analisis kualitatif ini dibuat berdasarkan transkrip temubual selama 15 minit antara saya dengan seorang responden berkenaan dengan pembangunan yang berlaku di tempat asal beliau semasa waktu kecil sehingga beliau dewasa.Tahun yang terlibat di dalam penceritaan beliau adalah dari tahun 1972 (iaitu semasa responden berumur 10 tahun) sehingga tahun 1978 (iaitu semasa responden berumur 18 tahun).
            Tujuan analisis kualitatif ini dibuat adalah untuk melihat dengan lebih mendalam berkenaan dengan apa yang diperkatakan oleh responden melalui transkrip yang telah saya sediakan.Melalui analisis ini kita dapat memahami isi utama cerita yang disampaikan,mengetahui keadaan sebenar semasa kisah yang disampaikan berlaku dan dapat mengetahui pengalaman beliau.Dalam melakukan analisis kualitatif ini saya telah menggunakan dua pendekatan iaitu melalui kod aksial dan kod terbuka.Kod aksial ialah kod yang dapat mengaitkan elemen yang ingin disampaikan dengan harta.Elemen yang ingin disampaikan dalam transkrip temubual ialah berkenaan dengan pembangunan.Kos terbuka juga merupakan sebahagian daripada analisis berkenaan dengan mengenalpasti,menamakan,menkategorikan dan menerangkan fenomena yang terdapat dalam transkrip.Pada asasnya,setiap baris,ayat,perenggan dan lain-lain yang dibaca dalam mencari jawapan kepada soalan berulang.

HASIL ANALISIS KUALITATIF.

KOD AKSIAL.
-          Kod aksial ialah kod yang dapat mengaitkan elemen yang ingin disampaikan dengan harta.Elemen yang ingin disampaikan dalam transkrip temubual ialah berkenaan dengan pembangunan.Terdapat beberapa kod aksial yang dapat dikenalpasti.Antaranya ialah :

(1) Rumah.
...dulu memang sah lah xde rumah–rumah macam sekarang ni.
...yang adanya rumah-rumah papan,rumah-rumah kayu je.
...ada sesetengah rumah orang tu memang sebelah hutan...
...kalau buat nya hujan lebat melanda,memang lecak tersangat lah rumah tu.
...keluarga mak memang bersyukur dapat kawasan rumah yang selesa...
...lepas tu kawasan rumah tu jenis tanah tinggi...
...rumah-rumah pun dah tukar dengan rumah-rumah kayu.
...makin ramai lah orang-orang felda ni guna duit tu buat rumah batu.

(2)  Pekerjaan.
...Kerja apa je arwah atuk boleh buat.
...menoreh dengan pungut buah kelapa sawit je lah.
...lepas dapat pindah dekat estet tu,arwah atuk dapat ambik upah motong getah dekat ladang getah orang.
...lepas tu amik upah sikit-sikit pungut kelapa sawit.
...keduanya,keluarga pulak susah,lepas habis belajar darjah 6 tu terus ikut opah dengan arwah atuk pegi ambik upah dekat ladang kelapa sawit orang.
...masa tu keje tak de lah berat sangat,mak buat kerja tolong tanamkan tunas pokok kelapa sawit tu.
...kerja dia tak berat tapi bayangkanlah kena menapak ladang tu nak tanam tunas tu kan,jauh jugaklah berjalan,lebih kurang 5KM.
...dah habis kerja dapatlah upah 50 sen sehari.
...dah habis kerja kena berjalan kaki balik sendiri.(kena berjalan lagi.)
...pergi ikut kakak cari kerja dekat Raub,Pahang ni.

(3) Keluarga.
...adik-beradik ada 12 orang.
…bagi pulak adik beradik lain sekolah terutama sekali adik beradik lelaki sebab arwah atuk dulu memang  utamakan dorang.
...lepas tu kalau nak setakat nak hiburkan diri sendiri senangkan hati,main je lah dengan adik beradik.(nasib adik beradik ramai).

(4) Pengangkutan.
...kalau cerita pasal pengankutan pula memang tak banyak masa tu.
...dulu yang adanya bas.
...Lepas tu lori.
...Lori yang duk angkut kelapa sawit tu je lah selalu keluar masuk kawasan kitaorang tu.
...Kalau pengangkutan orang-orang kampung ni setakat motor dengan basikal je.
...tapi kebanyakan orang masa tu memang jalan kaki atau naik basikal je.
...kalau nak ke pekan je baru duduk tunggu bas dekat tepi jalan besar tu.
...(ape benda lagi dah berubah)…haa,kalau pengangkutannye pula awak boleh fikir sendirilah.
...memang orang dah tak ramai pakai bas dah,sebabnya masing-masing dah ada kereta sendiri dah.
...dengan motor nya,van nya,keretanya.

(5)  Jalan.
... jalan pun tak bertar macam sekarang.
...jalan pakai jalan tanah biasa je dengan batu-batu sikit,tu pun kira bersyukur juga la ada jalan.
...ada sesetengah rumah orang  tu memang sebelah hutan satu,jalan nak ke rumah orang tu pulak bersemak-samun.
...jalan pulak jenis jalan tanah yang biasa tu.
...kalau nak ke pekan je baru duduk tunggu bas dekat tepi jalan besar tu.
...bila dah ramai orang duduk dekat-dekat situ,jalan-jalan dekat situ pun makin banyak lah.
...lepas tu makin dekat lah kami ni nak pegi ke jalan besar.
...ade jalan pintas lah orang kata.
...jalan pun dah bertar,tak delah lagi jalan-jalan tanah biasa macam dulu.
...mana-mana jalan nak ke rumah orang ke,nak ke jalan besar ke termasuk jalan nak ke ladang getah sekarang ni pun dah bertar.

Kesimpulannya,terdapat lima elemen penting yang dapat dikenalpasti bagi kod aksial berdasarkan transkrip temubual tersebut.Elemen pertama iaitu rumah yang terdapat dalam 8 ayat.Elemen kedua pula ialah pekerjaan yang hadir di dalam 10 ayat.Selain itu,elemen keluarga sebagai elemen yang ketiga telah terdapat dalam tiga ayat manakala elemen keempat iaitu pengangkutan pula terdapat dalam 10 ayat.Elemen yang kelima dan terakhir ialah elemen jalan yang juga terdapat dalam 10 ayat.Kod aksial diatas juga dapat diringkaskan menerusi jadual di bawah.

 KOD TERBUKA.
                Kos terbuka juga merupakan sebahagian daripada analisis berkenaan dengan mengenalpasti,menamakan,menkategorikan dan menerangkan fenomena yang terdapat dalam transkrip.Pada asasnya,setiap baris,ayat,perenggan dan lain-lain yang dibaca dalam mencari jawapan kepada soalan berulang.

(1) Hiburan.
... 47lepas tu kalau nak hiburan pulak memang tak dapat juga lah.
...48satunya sebab nak dapatkan hiburan apa dekat kawasan felda yang penuh dengan hutan belantara tu kan.
...59lepas tu kalau nak setakat nak hiburkan diri sendiri senangkan hati,main je lah dengan adik beradik.(nasib adik beradik ramai).
...60main kejar-kejar ke,batu seremban ke,main biji getah ke.
...61dulu walaupun main permainan simple macam tu,tapi seronok jugak.
...62kadang-kadang tak jemu pulak main benda yang sama hari-hari.
Kesimpulannya,terdapat satu kod terbuka yang dapat dikenalpasti.Elemen yang terdapat dalam kod ini ialah hiburan.Ringkasan kod terbuka dapat dilihat melalui jadual di bawah.

No comments:

Post a Comment