SIMBOL PENGGUNAAN RUANG KAWASAN TEMPAT TINGGAL:RAUB,PAHANG DARUL MAKMUR.
Dalam setiap ruang yang wujud di sekeliling kita terdapatnya simbol-simbol
yang tertentu yang mewakili ruang tersebut.Antaranya ialah nod
(perhentian),laluan,gerbang,sempadan kawasan dan mercu tanda.Simbol mercu tanda
pula dapat dibahagikan kepada jenis.Pertamanya ialah mercu tanda yang dibina
atau dibuat oleh manusia dan keduanya merupakan mercu tanda semulajadi
(pokok,gunung,bukit,terowong dan sebagainya).Oleh itu,di bawah ini saya akan
menerangkan simbol-simbol di dalam ruang yang wujud di sepanjang laluan utama
dari Kuala Lumpur Ke Bandar Raub.
Laluan
Laluan merupakan satu
jalan yang menghubungkan antara satu destinasi ke satu destinasi yang lain.
Dari Kuala Lumpur,laluan
utama yang saya gunakan untuk sampai ke Daerah Raub ialah dengan mengunakan
laluan Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak.Sepanjang laluan di lebuhraya ini,saya akan
menempuhi laluan di kawasan Genting Sempah sebelum melalui laluan di Daerah
Bentong.Laluan yang terakhir digunakan dalam perjalanan ini ialah laluan yang
menghubungkan Daerah Bentong dengan Daerah Raub.Berikut merupakan gambar laluan
yang digunakan sepanjang perjalanan dari Kuala Lumpur ke Raub.
Gambar 1 : Melepasi Tol Gombak sebelum melalui
laluan pertama iaitu Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak.
Gambar 2 : Lebuhraya Karak.
Nod(Perhentian)
Nod merupakan setiap
perhentian yang berlaku di sepanjang perjalanan sebelum sampai ke destinasi utama.Sepanjang perjalanan untuk
sampai ke Daerah Raub,terdapat beberapa nod yang dapat dikenalpasti.Nod yang
pertama berlaku ialah di Tol Gombak yang terletak di Lebuhraya Kuala
Lumpur-Karak.Nod yang kedua pula terjadi di Tol Karak sebelum sampai di nod
yang seterusnya iaitu di Terminal Bas dan Teksi Bentong.Nod yang terakhir pula
berlaku di Stesen Bas Daerah Raub yang terletak di Bandar Raub.Berikut
merupakan gambar-gambar Nod yang dinyatakan.
Gambar 3 : Tol Gombak
sebagai nod (perhentian) yang pertama.
Gambar 4 : Hentian Raya
Bentong sebagai nod yang ke-3 selepas nod yang ke-2 iaitu di Tol Karak.
Gambar 5 : Perhentian Bas
Raub sebagai nod yang terakhir.
Mercu Tanda.
Mercu tanda merupakan
sesuatu yang boleh mengambarkan ruang di sesebuah kawasan.Ia boleh dibahagikan
kepada dua jenis iaitu mercu tanda yang dibuat atau dibina oleh manusia dan
mercu tanda semulajadi.Mercu tanda akan terdapat dalam setiap laluan dan
nod(perhentian)yang digunakan.
Pokok perhiasan yang berada di sepanjang jalan sebelum
sampai ke Plaza Tol Gombak menjadi mercu tanda pertama.Hal ini kerana pokok
perhiasan di sepanjang laluan tersebut dapat menandakan bahawa saya sudah
mendekati plaza tol berkenaan.Mercu tanda pertama ini merupakan mercu tanda
buatan manusia kerana ianya ditanam dan dihias oleh manusia.Mercu tanda
seterusnya ialah jalan yang bernukit di laluan Lebuhraya Karak.Mercu tanda yang
kedua ini merupakan mercu tanda semulajadi tanpa penambahan oleh manusia.Jalan
berbukit ini menandakan bahawa pengguna jalan raya sedang menaiki kawasan
berbukit tinggi yang berada semakin hampir dengan kawasan Genting
Sempah.Apabila sudah melepasi kawasan Genting Sempah,pengguna jalan raya akan
mula menuruni bukit yang juga merupakan mercu tanda yang ketiga kerana ianya
menandakan bahawa mereka akan mendekati kawasan Janda Baik.Mercu tanda
seterusnya pula terletak di Bandar Bentong.Mercu tanda ini menjadi pengenalan
utama kepada bandar tersebut dan ia merupakan mercu tanda buatan manusia.Begitu
juga dengan mercu tanda yang terakhir iaitu mercu tanda yang terletak di Bandar
Raub itu sendiri.Ia juga merupakan mercu tanda yang dibina oleh manusia.
Gambar 6 : Pokok hiasan yang
berada di tepi laluan menjadi mercu tanda pertama sebelum melepasi Plaza Tol
Gombak.
Gambar 7 : Jalan berbukit
(menaik) yang menjadi mercu tanda yang kedua di Lebuhraya Karak.
Gambar 8 : Jalan berbukit
(menurun) yang menjadi mercu tanda ketiga.
Gambar 9 : Mercu tanda yang
berada di laluan Bentong-Raub.
Gambar 10 : Mercu tanda yang
berada di Bandar Raub.
Gerbang
Gerbang juga menjadi salah satu
simbol yang boleh menujukkan sesuatu ruang tersebut.Gerbang boleh difahamkan
sebagai satu petanda jalan masuk ke sesuatu kawasan.
Gerbang yang pertama dalam ruang
perjalanan dari Kuala Lumpur ke Raub ialah Plaza Tol Gombak.Kawasan ini boleh
dikatakan satu gerbang apabila ianya menjadi permulaan bagi kawasan Lebuhraya
Kuala Lumpur-Karak.Terowong di Genting Sempah pula menjadi simbol ruang gerbang
yang kedua apabila ianya menjadi permulaan bagi kawasan yang paling tinggi di
antara kawasan-kawasan lain di sepanjang perjalanan tersebut iaitu Genting
Sempah.Plaza Tol Karak menjadi gerbang yang seterusnya kerana ia nya menjadi
permulaan bagi kawasan Daerah Bentong.Sebaik sahaja melepasi plaza tol tersebut
Lebuhraya Karak juga akan berakhir di situ.Mercu tanda seterusnya berada di
Kawasan Daerah Raub iaitu deretan pelbagai bangunan di kiri dan kanan laluan
tersebut.deretan pelbagai bangunan seperti sekolah,pejabat pendididkan,balai
polis,deretan beberapa kedai lot dan sebagainya.Deretan bangunan ini menjadi
satu gerbang kepada Bandar Raub kerana apabila melaluinya,pengguna laluan ini
akan tahu bahawa mereka sudah memasuki kawasan Bandar Raub.
Gambar 11 : Terowong yang
menjadi gerbang kedua selepas gerbang pertama di Plaza Tol Gombak.
Gambar 12 : Plaza Tol Karak
yang menjadi gerbang yang kedua.
Gambar 12 : Salah satu
bangunan yang berada di laluan Raub iaitu Balai Polis Daerah Raub.
No comments:
Post a Comment