ANALISIS PERISTIWA SEJARAH YANG BERLAKU DI
SEKITAR TAHUN PENCERITAAN RESPONDEN (1972 – 1978) DI DALAM ATAU DI LUAR NEGARA.
Analisis ini dilakukan dengan menyatakan
sejarah-sejarah yang pernah berlaku semasa tahun berkenaan sama ada sejarah
yang berlaku di luar negara atau dalam negara.Selain itu,melalui transkrip
temubual terhadap responden,analisis ini juga membantu saya untuk mengenalpasti
keadaan sebenar yang berlaku pada tahun tersebut tidak kira dari aspek
kehidupan,ekonomi,politik,sosial dan sebagainya.
DALAM NEGARA
Dari
penceritaan responden yang meliputi tahun 1970-an (1972 – 1978),kita dapat mengenalpasti
perkembangan yang masih kurang pesat dalam pelbagai sudut tidak kira dari sudut
ekonomi dan sosial.Ekonomi masih belum berkembang sepenuhnya dapat dibuktikan
dari transkrip temubual tersebut menerusi baris ayat yang ke 56 dan 57 iaitu
“...dah habis kerja dapatlah upah 50 sen sehari.50 sen masa tu boleh kata besar
juga lah.”Hal ini menunjukkan mata wang Ringgit Malaysia (RM) masih berada di paras
yang rendah pada tahun 1970-an tersebut kerana nilai 50 sen dikatakan mempunyai
nilai yang agak besar berbanding nilainya pada masa kini.
Begitu juga halnya dari segi
keadaan sosiol penduduk pada masa tersebut.Keadaan sosiol yang masih tidak
berkembang dapat dilihat dalam ayat yang ke 59,60,61 dan 62 iaitu “...lepas tu
kalau nak setakat nak hiburkan diri sendiri senangkan hati,main je lah dengan
adik beradik.(nasib adik beradik ramai).Main kejar-kejar ke,batu seremban
ke,main biji getah ke.Dulu walaupun main permainan simple macam tu,tapi seronok juga.”Hal ini membuktikan bahawa
mereka yang berada di dalam tahun 1970-an (terutamanya yang tinggal di kawasan
kampung) masih tidak didedahkan dengan pelbagai hiburan seperti muzik,teknologi
dan sains teknologi,majalah,komik dan sebagainya.Mereka hanya mencari hiburan
menerusi permainan-permainan tradisional seperti batu seremban dan bermain kejar-kejar.Oleh sebab
itu,berkemungkinan masalah sosial seperti seks bebas,penagihan dadah,masalah
siber dan sebagainya kurang berlaku.
Keadaan politik negara pula
berada di dalam keadaan kurang stabil walaupun Malaysia sudah mengecapi
kemerdekaan selama 3 tahun.Hal ini dapat dilihat melalui Peristiwa Tentera
Merah Jepun 1975.Dimana pada 4 Ogos 1975, lima pengganas Tentera Merah Jepun
(JRA) telah menawan tingkat 9, Bangunan AIA di Jalan Ampang di mana terdapat
pejabat Kedutaan Amerika Syarikat dan Sweden di situ.Seramai 53 orang termasuk
pegawai Kedutaan Amerika Syarikat dan Sweden dijadikan tebusan oleh pengganas
selama 79 jam.Anggota JRA bertindak demikian kerana mahu memaksa Amerika
Syarikat dan Sweden membebaskan tujuh rakan mereka yang ditahan di kedua-dua
negara tersebut.Drama tebusan itu berakhir apabila tuntutan pengganas
dipenuhi.Anggota JRA yang terlibat dalam kejadian itu kemudian berlepas ke
Libya dengan menaiki pesawat DCB pada 7 Ogos 1975.Peristiwa ini dapat
membuktikan bahawa Malaysia masih belum keluar sepenuhnya daripada bias
peperangan dengan pihak Jepun.
LUAR NEGARA.
Terdapat
beberapa perbezaan keadaan yang berlaku di sesetengah negara pada era
1970-an.Sebagai contoh keadaan ekonomi dan sosial di Amerika Syarikat (USA) pada
dekad ini berada di dalam keadaan yang membimbangkan apabila dunia mula melihat
kepada beberapa masalah yang berlaku atas nama negara ini seperti penerusan
kemiskinan di bahagian tengah bandar,kadar jenayah bandar yang semakin
meningkat,pembicaraan Watergate yang telah disiarkan di televisyen dan perang
di Vietnam yang masih dalam kenangan.Selain itu,keganasan yang berlaku di
negara Timur Tengah membuatkan USA mengalami kelumpuhan yang disebabkan oleh
kejutan minyak pada tahun 1973.Namun begitu,sedang Amerika Syarikat iaitu
negara gergasi dalam pelbagai bidang mengalami keadaan yang sukar,keadaan ekonomi
di negara matahari terbit iaitu Jepun kian meningkat sehingga mencapai
kedudukan teratas di pentas dunia.Begitu juga dengan negara-negara dunia ketiga
yang juga turut berkembang sewaktu awal 1970-an kerana wujudnya revolusi hijau.
No comments:
Post a Comment