LATAR BELAKANG RESPONDEN
UTAMA.
NAMA : ZALHA BINTI ISMAIL.
UMUR : 52 TAHUN.
TARIKH LAHIR : 29 JULAI 1960.
PEKERJAAN : SURIRUMAHTANGGA.
ASAL :FELDA GEDANGSA,HULU SELANGOR,SELANGOR D.E.
TEMPAT TINGGAL : RAUB,PAHANG DARUL MAKMUR.
ADIK-BERADIK : 12 ORANG (ANAK KE-6)
TEMPAT YANG DICERITAKAN : FELDA GEDANGSA,HULU SELANGOR,SELANGOR D.E.
TRANSKRIP TEMUBUAL
1.
Mula
dari mak kecik dulu ye...ermmmm...
2.
Ok...Zaman
mak dulu x sama dengan zaman korang sekarang.
3.
Dulu
susah sangat.
4.
Duduk
dekat felda.
5.
Kerja
apa je arwah atuk boleh buat.
6.
menoreh
dengan pungut buah kelapa sawit je lah.
7.
upah
tak seberapa tu lah duk tampung anak-anak termasuk mak ni ha.
8.
adik-beradik
ada 12 orang.
9.
mak
ayah susah tak de duit sangat.
10.
sebab
tu mak sempat belajar setakat darjah 6 je.
11.
lepas
untuk belajar menulis,membaca dengan mengira,lepas tu berhenti lah sekolah.
12.
bagi
pulak adik beradik lain sekolah terutama sekali adik beradik lelaki sebab arwah
atuk dulu memang utamakan dorang.
13.
Mula-mula
dulu zaman mak kecik mak sempat duduk dekat estet dengan arwah atuk dengan opah
sebelum pindah dekat tempat tinggal sekarang.
14.
lepas
tu, ada orang ajak arwah atuk ikut orang buka tanah nak buat penempatan baru
rasanya.
15.
tu
yang dapat tanah sikit dekat felda gedangsa sekarang.
16.
tu
yang dapat tinggal kat tempat sekarang ni.
17.
kalau
tak sampai sekarang duduk dekat estet tu agaknya.
18.
lepas
dapat pindah dekat estet tu,arwah atuk dapat ambik upah motong getah dekat ladang
getah orang.
19.
jauh
sikit dekat tempat tinggal sekarang.
20.
lepas
tu amik upah sikit-sikit pungut kelapa sawit.
21.
dulu
memang sah lah tak de rumah–rumah macam sekarang ni.
22.
yang
adanya rumah-rumah papan,rumah-rumah kayu je.
23.
memang
susahlah nak tengok bangunan ke,rumah ke yang dibuat dengan batu.
24.
bangunan-bangunan
kerajaan pun kadang-kadang buat dengan kayu je macam sekolah,klinik (ape lagi)
haa..balai polis.
25.
lama-lama
sikit baru Nampak sikit perubahan dia.
26.
kerajaan
tukar bangunan-bangunan tu jadi batu.
27.
tu
pun makan tahun lah nak menukarnya.
28.
Disebab
ke mak ni duduk dekat felda,benda apa je adanya dekat situ.
29.
yang
ada ladang getah,ladang kelapa sawit,kebun orang,lepas tu hutan-hutan je.
30.
tak
ade lah (orang kata apa) pembangunan macam sekarang ni.
31.
jalan
pun tak bertar macam sekarang.
32.
jalan
pakai jalan tanah biasa je dengan batu-batu sikit,tu pun kira bersyukur juga la
ada jalan.
33.
ada
sesetengah rumah orang tu memang sebelah
hutan satu,jalan nak ke rumah orang tu pulak bersemak-samun.
34.
jalan
pulak jenis jalan tanah yang biasa tu.
35.
kalau
buat nya hujan lebat melanda,memang lecak tersangat lah rumah tu.
36.
keluarga
mak memang bersyukur dapat kawasan rumah yang selesa,kurang lecak-lecak ni.
37.
lepas
tu kawasan rumah tu jenis tanah tinggi.
38.
haa,kurang
lah banjir nya
39.
kalau
cerita pasal pengankutan pula memang tak banyak masa tu.
40.
dulu
yang adanya bas.
41.
Itu
pun setakat lalu dekat jalan besar je,jalan besar pulak jauhnya 3 Km dari kawasan
rumah tu.
42.
Lepas
tu lori.
43.
Lori yang
duk angkut kelapa sawit tu je lah selalu keluar masuk kawasan kitaorang tu.
44.
Kalau
pengangkutan orang-orang kampung ni setakat motor dengan basikal je.
45.
tapi
kebanyakan orang masa tu memang jalan kaki atau naik basikal je.
46.
kalau
nak ke pekan je baru duduk tunggu bas dekat tepi jalan besar tu.
47.
lepas
tu kalau nak hiburan pulak memang tak dapat juga lah.
48.
satunya
sebab nak dapatkan hiburan apa dekat kawasan felda yang penuh dengan hutan
belantara tu kan.
49.
keduanya,keluarga
pulak susah,lepas habis belajar darjah 6 tu terus ikut opah dengan arwah atuk
pegi ambik upah dekat ladang kelapa sawit orang.
50.
nak
tolong ringan beban keluarga punya pasalkan.
51.
nak
tak nak terpaksa pergi jugak lah.
52.
jadinya,bila
ikut opah pegi tolong orang dekat ladang kelapa sawit orang tu,dapatlah upah
sikit.
53.
masa
tu keje tak de lah berat sangat,mak buat kerja tolong tanamkan tunas pokok
kelapa sawit tu.
54.
kerja
dia tak berat tapi bayangkanlah kena menapak ladang tu nak tanam tunas tu
kan,jauh jugaklah berjalan,lebih kurang 5KM.
55.
sampai
melecet-lecet lah kaki berjalan kaki punye pasal.
56.
dah
habis kerja dapatlah upah 50 sen sehari.
57.
50
sen tu masa tu boleh kata besar jugalah.
58.
dah
habis kerja kena berjalan kaki balik sendiri.(kena berjalan lagi.)
59.
lepas
tu kalau nak setakat nak hiburkan diri sendiri senangkan hati,main je lah
dengan adik beradik.(nasib adik beradik ramai).
60.
main
kejar-kejar ke,batu seremban ke,main biji getah ke.
61.
dulu
walaupun main permainan simple macam
tu,tapi seronok juga.
62.
kadang-kadang
tak jemu pulak main benda yang sama hari-hari.
63.
bila
mak dah besar sikit dalam umur 18 tahun tu mak dah pergi keluar dari situ.
64.
pergi
ikut kakak cari kerja dekat Raub,Pahang ni.
65.
masa
mak keluar dari felda tu dulu ada lah sikit perubahan dekat tempat tu.
66.
kalau
dulu tempat kitorang je yang orang teroka buat tempat tinggal.
67.
dalam
2 ke 3 tahun lepas tu dah banyak tempat orang teroka buat kawasan tempat
tinggal jugak.
68.
jadinya
memang dah ramai jugak orang duduk dekat-dekat dengan kawasan tu.
69.
bila
dah ramai orang duduk dekat-dekat situ,jalan-jalan dekat situ pun makin banyak
lah.
70.
lepas
tu makin dekat lah kami ni nak pegi ke jalan besar.
71.
ade
jalan pintas lah orang kata.
72.
sekarang
nie lebih kurang berapa tahun ntah (mak pun dah lupa berapa tahun) lepas
geng-geng arwah atuk buka tanah tu (kiranya peneroka-peneroka nilah) sampai
sekarang memang dah banyak lah perubahan dia.
73.
jalan
pun dah bertar,tak delah lagi jalan-jalan tanah biasa macam dulu.
74.
mana-mana
jalan nak ke rumah orang ke,nak ke jalan besar ke termasuk jalan nak ke ladang
getah sekarang ni pun dah bertar.
75.
rumah-rumah
pun dah tukar dengan rumah-rumah kayu.
76.
nak-nak
nye bila kerajaan buat program yang felda tu kan.
77.
makin
ramai lah orang-orang felda ni guna duit tu buat rumah batu.
78.
(ape
benda lagi dah berubah)…haa,kalau pengangkutannye pula awak boleh fikir
sendirilah.
79.
memang
orang dah tak ramai pakai bas dah,sebabnya masing-masing dah ada kereta sendiri
dah.
80.
dengan
motor nya,van nya,keretanya.
81.
Sekarang
ni memang orang-orang felda tempat mak tu dah boleh hidup senang-senang belaka.
82.
Memang
tak macam dulu dah.
(Tamat sudah masa 15 minit yang diberi)
No comments:
Post a Comment