The Death and Life of
Great American Cities.
By : Jane Jacobs (4
Mei 1916 – 25 April 2006)
Hasil
karya Jane Jacobs ini menceritakan keadaan sebenar yang terjadi di
bandar-bandar sekitar Amerika Syarikat.Beliau mengkritik dasar perancangan
bandar pada abad ke-20 dan mengatakan bahawa mereka ini lah patut
dipertanggungjawabkan terhadap masalah yang berlaku di kebanyakan bandar-bandar
di Amerika Syarikat sehingga mengalami kemerosotan di kawasan-kawasan
ini.Beliau menyatakan bahawa masalah ini menyebabkan kebanyakan kawasan sudah
diambil alih oleh keganasan menyebabkan oranng ramai menjadi takut untuk berada
di kawasan tersebut.Terdapat juga keadaan di mana kawasan yang dipenuhi orang
ramai,tetapi tidak saling bertegur sapa dan tidak mengenali antara satu sama
lain.Beliau juga ada menyatakan bahawa sesuatu ruang atau kawasan tersebut
jarang dilalui atau digunakan oleh orang ramai akan menyebabkan kawasan
tersebut menjadi sunyi dan membolehkan ianya menjadi ruang jenayah.Oleh
itu,beliau merasakan ianya perlu diatasi tetapi perkara ini tidak mudah untuk
dicapai kerana kita tidak mampu untuk memaksa masyarakat menggunakan jalam yang
mereka tidak ingin gunakan dan tidak mudah menyuruh mereka melihat pada jalan
yang mereka tidak lihatOleh itu,beliau ada menganjurkan “empat penjana
kepelbagaian) untuk mengatasi masalah ini.
The Production of
Space.
By : Henri Lefebvre
(16 Jun 1901-29 Jun 1991)
Hasil
karya Henri Lefebvre ini pula telah menyatakan pelbagai ruang antaranya ialah
ruang mental space, literary
spacelogico-epis-temological space, social space dan sebagainya.Beliau juga
ada mengatakan bahawa setiap masyarakat menghasilkan ruang tertentu,iaitu ruang
sendiri.Beliau menganggap jika setiap masyarakat itu tidak memiliki ruang
tersendiri maka mereka boleh dianggap sebagai satu entiti yang pelik.Lefebvre
ada mengatakan pada awalnya orang memahami ruang ini hanya ada pada sesuatu
subjek iaitu matematik dan sains.Namun ia lama orang sudah mula mengetahui
maksud ruang ini lebih daripada itu.sehingga terdapat beberapa ruang yang
dinyatakan tadi.Sesuatu ruang yang dikatakan hidup itu ialah apabila ia mampu
memenuhi keperluan masyarakat yang membentuknya walaupun tidak semua kawasan
mampu dipenuhi.
Image of The City.
By : Kevin Andrew Lynch (1984)
By : Kevin Andrew Lynch (1984)
Di
dalam buku ini,Kevin A.Lynch menggunakan tiga buah bandar sebagai kajian iaitu
Boston,Jersey dan Los Angeles.Beliau menyimpulkan bahawa pengguna memahami
persekitaran mereka dalam cara yang konsisten dan boleh diramal, membentuk peta
mental berdasarkan lima elemen iaitu jaringan, pinggiran, daerah, nod dan mercu
tanda.Pinggiran merupakan laluan, jalan-jalan, lorong pejalan kaki dan saluran
dimana orang dalam perjalanan.Pinggiran pula ialah sempadan seperti
dinding,bangunan dan persisiran pantai.Manakala daerah merupakan bahagian yang
agak besar dibezakan dengan identiti atau watak.Nod pula ialah titik fokus,
persimpangan atau lokus.Akhir sekali mercu tanda yang merupakan objek yang
bertindak sebagai titik rujukan luaran.Buku ini mempunyai pengaruh yang penting
dan tahan lama dalam bidang perancangan bandar dan psikologi alam sekitar pada
masa kini.