Friday, 28 December 2012

Tugasan 7 - Rumusan Novel.


The Death and Life of Great American Cities.
By : Jane Jacobs (4 Mei 1916 – 25 April 2006)

            Hasil karya Jane Jacobs ini menceritakan keadaan sebenar yang terjadi di bandar-bandar sekitar Amerika Syarikat.Beliau mengkritik dasar perancangan bandar pada abad ke-20 dan mengatakan bahawa mereka ini lah patut dipertanggungjawabkan terhadap masalah yang berlaku di kebanyakan bandar-bandar di Amerika Syarikat sehingga mengalami kemerosotan di kawasan-kawasan ini.Beliau menyatakan bahawa masalah ini menyebabkan kebanyakan kawasan sudah diambil alih oleh keganasan menyebabkan oranng ramai menjadi takut untuk berada di kawasan tersebut.Terdapat juga keadaan di mana kawasan yang dipenuhi orang ramai,tetapi tidak saling bertegur sapa dan tidak mengenali antara satu sama lain.Beliau juga ada menyatakan bahawa sesuatu ruang atau kawasan tersebut jarang dilalui atau digunakan oleh orang ramai akan menyebabkan kawasan tersebut menjadi sunyi dan membolehkan ianya menjadi ruang jenayah.Oleh itu,beliau merasakan ianya perlu diatasi tetapi perkara ini tidak mudah untuk dicapai kerana kita tidak mampu untuk memaksa masyarakat menggunakan jalam yang mereka tidak ingin gunakan dan tidak mudah menyuruh mereka melihat pada jalan yang mereka tidak lihatOleh itu,beliau ada menganjurkan “empat penjana kepelbagaian) untuk mengatasi masalah ini.


The Production of Space.
By : Henri Lefebvre (16 Jun 1901-29 Jun 1991)

            Hasil karya Henri Lefebvre ini pula telah menyatakan pelbagai ruang antaranya ialah ruang mental space, literary spacelogico-epis-temological space, social space dan sebagainya.Beliau juga ada mengatakan bahawa setiap masyarakat menghasilkan ruang tertentu,iaitu ruang sendiri.Beliau menganggap jika setiap masyarakat itu tidak memiliki ruang tersendiri maka mereka boleh dianggap sebagai satu entiti yang pelik.Lefebvre ada mengatakan pada awalnya orang memahami ruang ini hanya ada pada sesuatu subjek iaitu matematik dan sains.Namun ia lama orang sudah mula mengetahui maksud ruang ini lebih daripada itu.sehingga terdapat beberapa ruang yang dinyatakan tadi.Sesuatu ruang yang dikatakan hidup itu ialah apabila ia mampu memenuhi keperluan masyarakat yang membentuknya walaupun tidak semua kawasan mampu dipenuhi.


Image of The City.
By : Kevin Andrew Lynch (1984)

            Di dalam buku ini,Kevin A.Lynch menggunakan tiga buah bandar sebagai kajian iaitu Boston,Jersey dan Los Angeles.Beliau menyimpulkan bahawa pengguna memahami persekitaran mereka dalam cara yang konsisten dan boleh diramal, membentuk peta mental berdasarkan lima elemen iaitu jaringan, pinggiran, daerah, nod dan mercu tanda.Pinggiran merupakan laluan, jalan-jalan, lorong pejalan kaki dan saluran dimana orang dalam perjalanan.Pinggiran pula ialah sempadan seperti dinding,bangunan dan persisiran pantai.Manakala daerah merupakan bahagian yang agak besar dibezakan dengan identiti atau watak.Nod pula ialah titik fokus, persimpangan atau lokus.Akhir sekali mercu tanda yang merupakan objek yang bertindak sebagai titik rujukan luaran.Buku ini mempunyai pengaruh yang penting dan tahan lama dalam bidang perancangan bandar dan psikologi alam sekitar pada masa kini.


Tugasan 6 - Kerja Lapangan (Seremban)





NAMA : FATINAH BINTI MOHD NAZIR.

NO.MATRIK : A141698.

KOD KURSUS : SKAD1273 (RERUANG DAN PEMBANGUNAN)

TAJUK : KERJA LAPANGAN DI SEREMBAN.

NAMA PENSYARAH : PROF.MADYA ABDUL HADI BIN HARMAN SHAH.



Pada 11 Disember 2012,pelajar-pelajar Sains Pembangunan (2012/2015) telah ditugaskan untuk melakukan satu kajian lapangan bagi kursus Reruang dan Pembangunan yang dijalankan di Bandar Seremban.Kajian ini dilakukan bertujuan untuk mengenalpasti nod (perhentian), laluan dan mercu tanda yang terdapat di sepanjang perjalanan ke bandar tersebut dan yang terdapat di Bandar Seremban itu sendiri.Selain itu,kajian ini juga dilakukan adalah untuk melihat sejauh mana pembangunan yang berlaku di Bandar Seremban.

Laluan Ke Seremban

Pada pukul 8.00 pagi,kami sudah mula berkumpul di Stesen KTM UKM dan menaiki kereta api pada pukul 9.00 pagi menuju ke Seremban.Bermula di stesen KTM UKM tersebut,kami melalui pelbagai laluan sebelum sampai ke destinasi utama.Antara laluan yang terlibat sepanjang perjalanan kami dari stesen KTM UKM ke stesen KTM Seremban dapat dilihat dalam carta di bawah.


Nod (Perhentian)

Bermula dari Stesen KTM UKM ke Stesen KTM Seremban,terdapat beberapa nod yang dapat dikenalpasti.Antara nod yang terlibat sepanjang perjalanan ini ialah : 

1)  Stesen KTM UKM.(tempat permulaan)
2) Stesen KTM Bangi.
3) Stesen KTM Batang Benar.
4) Stesen KTM Nilai.
5) Stesen KTM Labu.
6) Stesen KTM Tiroi.
7) Stesen KTM Seremban (Nod Terakhir)

Mercu Tanda.

Apabila sampai di Bandar Seremban,kami mula mengenalpasti mercu tanda yang terdapat di bandar tersebut.Di antara mercu tanda yang dapat dikenalpasti ialah seperti berikut :



Gambar 1 : Monumen Sejarah Stesen Kereta api Seremban.Menjadi mercu tanda bagi stesen kereta api ini.

Gambar 2 : Kuil Sri Bala Thandayuthapani.Kuil ini menjadi salah satu mercu tanda sebagai tempat ibadat agama hindu.

Gambar 3 : Majlis Pembandaran Seremban juga menjadi salah satu mercu tanda di Bandar Seremban.Selain kegunaannya sebagai tempat pentadbiran bandar,seni bina yang berunsurkan Minangkabau dapat memperkenalkan Negeri Sembilan sebagai negeri yang masih memegang teguh dengan adat tersebut.

Sesi temubual Bersama Peniaga di Sekitar Bandar.

Setelah selesai mengenalpasti mercu-mercu di atas,kami telah berpecah kepada 8 kumpulan untuk menjelajah sekitar bandar tersebut untuk menemubual para peniaga serba sedikit mengenai Bandar Seremban dan Pembangunannya.Saya bersama ahli kumpulan yang terdiri daripada saya sendiri Fatinah binti Mohd Nazir,Masyita binti Mohd Hadi,Nurul Safinas binti M.Hanafiah dan Nor Arzian binti Abd.Wahab,mula membahagikan tugas seterusnya memulakan kajian kami di Jalan Dato’Bandar Tunggal.Pada awalnya kajian kami tidak berjalan dengan lancar kerana mendapat penolakan daripada pihak peniaga.Setelah menjelajah hampir sepuluh buah kedai,kami telah mendapat kerjasama yang baik daripada lima orang peniaga di sekitar jalan tersebut seterusnya melengkapkan kajian kami di Bandar Seremban.Antara para peniaga yang sempat kami temubual ialah seperti berikut :

1)  Mohd Taib bin Mohd Idris. (Warung Pak Taib)




-         Encik Mohd Taib yang berusia sekitar 70-an memiliki sebuah warung yang diberi nama “Warung Pak Taib”.Warung yang menyediakan makanan (makanan bungkus sahaja tanpa makanan panas) dan minuman ini mula diusahakan seawal tahun 1982 sehingga ke hari ini oleh dirinya sendiri.Warung yang terletak di bahagian belakang bangunan ini seawalnya terletak dibangunkan di sekitar Jalan Sekamat.Namun demikian,beliau terpaksa berpindah ke Jalan Dato’Bandar Tunggal akibat daripada tapak asal tersebut diambil alih untuk dibina bangunan yang baru.Warung Pak Taib ini akan beroperasi seawal jam 7.00 pagi sehingga jam 5.00 petang.Kebanyakkan pelanggannya terdiri daripada kakitangan-kakitangan yang bekerja di sekitarnya.Menurut beliau,pendapatan yang diperoleh untuk sehari ialah sekitar RM 40 hingga RM 45 dan ia bergantung kepada seberapa ramai pelanggan yang berkunjung ke warung beliau.Berikut antara gambar Warung Pak Taib.



2) Dato Haji Matchal bin Abd Majid.(Percetakan World Machine Trading)


-         Syarikat Percetakan World Machine Trading ini dimiliki oleh Dato Haji Matchal bin Abd Majid.Namun demikian pada hari tersebut kami hanya berpeluang untuk menemubual pekerja beliau sahaja.Menurut pekerja beliau,syarikat percetakan ini mula dibuka pada tahun 1994.Ia terdiri daripada 18 orang pekerja dibawahnya.Selain perkhidmatan percetakan kad,kad jemputan dan poster,syarikat ini juga menyediakan perkhidmatan menjilid,stamping,typesetting,dan reka bentuk(grafik).Pada awalnya,syarikat ini dibina bersebelahan dengan sebuah restoran.Namun demikian,restoran tersebut telah berpindah ke tempat lain menyebabkan Syarikat Percetakan World Machine mengambil keputusan untuk membeli lot kedai restoran berkenaan.Syarikat ini kemudiannya diubahsuai dan diperbesarkan menjadi dua lot.Para pelanggan syarikat ini ialah terdiri daripada orang awam dan pihak kerajaan yang sering mengambil tempahan percetakan poster.Berikut merupakan antara gambar sekitar Syarikat Percetakan World Machine Trading.


3) Encik X. Yan Foo. (Imbi Cake House)


-         Imbi cake House merupakan sebuah kedai yang dimiliki oleh Encik X. Yan Foo.Kedai kek ini telah dibuka semenjak tahun 1982 sehingga kini dan ianya dibangunkan sendiri oleh beliau dan ahli keluarganya.Tetapi beliau ada juga mengambil beberapa pekerja dari luar untuk bekerja di kedai ini.Setakat ini Imbi Cake House mempunyai lapan orang pekerja yang terdiri daripada ahi keluarganya dan pekerja luar.Waktu operasi pula akan bermula pada jam 9.00 pagi sehingga jam 8.00 malam.Kedai ini menjalankan perniagaan pembuatan kek dan roti dan sering mendapat mengambil tempahan kek untuk majlis-majlis keraian seperti majlis perkahwinan,ulangtahun dan sebagainya.Sebelum kedai ini dibangunkan di di Jalan Dato Bandar Tunggal tersebut,kedai beliau ini pernah bertapak di Lahang (berdekatan balai bomba).Namun demikian,disebabkan kawasan itu juga diambilalih untuk dibina lot kedai yang baru membuatkan beliau mengambil keputusan untuk berpindah ke kawasan sekarang.Menurut beliau lagi,lokasi ini mulanya manjadi lokasi yang strategik,namun disebabkan wujudnya hypermarket berdekatan dengan lokasi berkenaan menyebabkan pelanggan lebih tertumpu di hypermarket tersebut untuk membeli kek dan roti.Encik X. Yan Foo sering mengikuti seminar dan kursus untuk membuat kek di dalam dan di luar negara.Antara negara yang pernah beliua kunjungi untuk menghadiri seminar ialah Taiwan,Hong Kong dan Singapura.Beliau juga sering mengambil bahagian dalam pameran Asian Food Kuala Lumpur yang akan diadakan setiap dua tahun sekali.Berikut merupakan gambar-gambar di dalam Imbi Cake House dan antara tempahan-tempahan kek yang dibuat.

 


4) Mr.Go (Fancy Lighting (SR) Sdn.Bhd)


-     Syarikat Fancy Lighting pula dimiliki oleh Mr.Go.Ia terletak berhampiran dengan pusat bandar dan laluan utama.Perniagaan ini mula dijalankan seawl tahun 1992 hingga sekarang.Syarikat ini memiliki syarikat induk yang terletak di Johor Darul Takzim.Syarikat lampu hiasan ini hanya mempunyai tiga orang pekerja sahaja.Sudah tentu barangan utama yang dijual di syarikat ini ialah lampu hiasan yang terdiri daripada pelbagai reka bentuk dan aksesori untuk lampu hiasan yang lain.Berikut merupakan antara gambar di sekitar Syarikat Fancy Lighting berkenaan.


5)  Mr.Wong (Stainless Steel Manufacturer)

-    Mr.Wong pula memiliki Syarikat Stainless Steel Manufacterer yang baru dijalankan selama dua tahun.Tapak perniagaan syarikat ini sebelumnya merupakan tapak kedai bagi perniagaan penjualan kereta.Kakitangan  ini syarikat pula hanya terdiri daripada lima orang sahaja.Syarikat Stainless Steel Manufacterer ini akan beroperasi pada jam 9.00 pagi sehingga 6.30 petang.Syarikat ini menjual barangan-barangan industri seperti oven,sinki,peti sejuk dan sebagainya untuk kegunaan perniagaan.Berikut merupakan antara gambar di sekitar syarikat berkenaan.




6) Encik Teh Eng Sheng @ Ah Teh. (CT Star Automart)


-    CT Star Automart merupakan satu syarikat yang menjalankan penjualan kereta-kereta baru dan terpakai.Ia mula beroperasi sejak tujuh tahun yang lepas iaitu pada tahun 2005.Syarikat ini mempunyai syarikat induk yang juga terletak di Seremban iaitu di Jalan Rahang.Ia akan dibuka seawal jam 8.00 pagi dan akan tamat operasi pada jam 6.00 petang.Antara kereta yang dipamerkan disitu terdiri daripada beberapa jenis model tidak kira dari keluaran dalam negara atau luar negara.Para pelanggan syarikat ini kebanyakkannya terdiri daripada penduduk sekitar Negeri Sembilan dan ada juga daripada negeri luar.Berikut merupakan antara gambar yang diambil sekitar Syarikat CT Star Automart.



      Kesimpulanya,Kebanyakkan peniaga yang telah kami temubual sudah lama menjalankan perniagaan mereka di Bandar Seremban ini.Ada di antara mereka terpaksa berpindah daripada tapak asal perniagaan mereka disebabkan berlakunya pembangunan di kawasan tersebut.Keadaan ini selalunya berlaku kepada peniaga yang mempunyai modal yang kecil untuk mendapatkan kembali tapak perniagaan asal.Terdapat juga peniaga mendapat kelebihan daripada pembangunan yang berlaku di Bandar Seremban ini sehingga berpeluang membuka cawangan syarikat atau kedai mereka.Keadaan ini pula sering terjadi kepada peniaga yang mempunyai modal yang besar.Selain itu,kami juga dapat mengenalpasti bahawa kebanyakkan peniaga di bandar ini terdiri daripada kaum cina berbanding peniaga daripada kaum melayu dan india.Bandar ini juga boleh dikatakan mempunyai perkhidmatan awam yang lengkap untuk penduduk setempat seperti stesen bas dan teksi,pusat membeli-belah (Parkson) dan pelbagai jenis restoran makanan segera.

Thursday, 27 December 2012

Tugasan 5 - Simbol Penggunaan Ruang Kawasan Tempat Tinggal (Nod, Mercu Tanda, Gerbang dan Laluan).


SIMBOL PENGGUNAAN RUANG KAWASAN TEMPAT TINGGAL:RAUB,PAHANG DARUL MAKMUR.

Dalam setiap ruang yang wujud di sekeliling kita terdapatnya simbol-simbol yang tertentu yang mewakili ruang tersebut.Antaranya ialah nod (perhentian),laluan,gerbang,sempadan kawasan dan mercu tanda.Simbol mercu tanda pula dapat dibahagikan kepada jenis.Pertamanya ialah mercu tanda yang dibina atau dibuat oleh manusia dan keduanya merupakan mercu tanda semulajadi (pokok,gunung,bukit,terowong dan sebagainya).Oleh itu,di bawah ini saya akan menerangkan simbol-simbol di dalam ruang yang wujud di sepanjang laluan utama dari Kuala Lumpur Ke Bandar Raub.

Laluan

            Laluan merupakan satu jalan yang menghubungkan antara satu destinasi ke satu destinasi yang lain.
            Dari Kuala Lumpur,laluan utama yang saya gunakan untuk sampai ke Daerah Raub ialah dengan mengunakan laluan Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak.Sepanjang laluan di lebuhraya ini,saya akan menempuhi laluan di kawasan Genting Sempah sebelum melalui laluan di Daerah Bentong.Laluan yang terakhir digunakan dalam perjalanan ini ialah laluan yang menghubungkan Daerah Bentong dengan Daerah Raub.Berikut merupakan gambar laluan yang digunakan sepanjang perjalanan dari Kuala Lumpur ke Raub.

Gambar 1 : Melepasi Tol Gombak sebelum melalui laluan pertama iaitu Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak.

Gambar 2 : Lebuhraya Karak.

Nod(Perhentian)

         Nod merupakan setiap perhentian yang berlaku di sepanjang perjalanan sebelum sampai ke destinasi utama.Sepanjang perjalanan untuk sampai ke Daerah Raub,terdapat beberapa nod yang dapat dikenalpasti.Nod yang pertama berlaku ialah di Tol Gombak yang terletak di Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak.Nod yang kedua pula terjadi di Tol Karak sebelum sampai di nod yang seterusnya iaitu di Terminal Bas dan Teksi Bentong.Nod yang terakhir pula berlaku di Stesen Bas Daerah Raub yang terletak di Bandar Raub.Berikut merupakan gambar-gambar Nod yang dinyatakan.

Gambar 3 : Tol Gombak sebagai nod (perhentian) yang pertama.

Gambar 4 : Hentian Raya Bentong sebagai nod yang ke-3 selepas nod yang ke-2 iaitu di Tol Karak.

Gambar 5 : Perhentian Bas Raub sebagai nod yang terakhir.

Mercu Tanda.

            Mercu tanda merupakan sesuatu yang boleh mengambarkan ruang di sesebuah kawasan.Ia boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu mercu tanda yang dibuat atau dibina oleh manusia dan mercu tanda semulajadi.Mercu tanda akan terdapat dalam setiap laluan dan nod(perhentian)yang digunakan.

            Pokok perhiasan yang berada di sepanjang jalan sebelum sampai ke Plaza Tol Gombak menjadi mercu tanda pertama.Hal ini kerana pokok perhiasan di sepanjang laluan tersebut dapat menandakan bahawa saya sudah mendekati plaza tol berkenaan.Mercu tanda pertama ini merupakan mercu tanda buatan manusia kerana ianya ditanam dan dihias oleh manusia.Mercu tanda seterusnya ialah jalan yang bernukit di laluan Lebuhraya Karak.Mercu tanda yang kedua ini merupakan mercu tanda semulajadi tanpa penambahan oleh manusia.Jalan berbukit ini menandakan bahawa pengguna jalan raya sedang menaiki kawasan berbukit tinggi yang berada semakin hampir dengan kawasan Genting Sempah.Apabila sudah melepasi kawasan Genting Sempah,pengguna jalan raya akan mula menuruni bukit yang juga merupakan mercu tanda yang ketiga kerana ianya menandakan bahawa mereka akan mendekati kawasan Janda Baik.Mercu tanda seterusnya pula terletak di Bandar Bentong.Mercu tanda ini menjadi pengenalan utama kepada bandar tersebut dan ia merupakan mercu tanda buatan manusia.Begitu juga dengan mercu tanda yang terakhir iaitu mercu tanda yang terletak di Bandar Raub itu sendiri.Ia juga merupakan mercu tanda yang dibina oleh manusia.

Gambar 6 : Pokok hiasan yang berada di tepi laluan menjadi mercu tanda pertama sebelum melepasi Plaza Tol Gombak.

Gambar 7 : Jalan berbukit (menaik) yang menjadi mercu tanda yang kedua di Lebuhraya Karak.

Gambar 8 : Jalan berbukit (menurun) yang menjadi mercu tanda ketiga.

Gambar 9 : Mercu tanda yang berada di laluan Bentong-Raub.

Gambar 10 : Mercu tanda yang berada di Bandar Raub.

Gerbang

            Gerbang juga menjadi salah satu simbol yang boleh menujukkan sesuatu ruang tersebut.Gerbang boleh difahamkan sebagai satu petanda jalan masuk ke sesuatu kawasan.
         Gerbang yang pertama dalam ruang perjalanan dari Kuala Lumpur ke Raub ialah Plaza Tol Gombak.Kawasan ini boleh dikatakan satu gerbang apabila ianya menjadi permulaan bagi kawasan Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak.Terowong di Genting Sempah pula menjadi simbol ruang gerbang yang kedua apabila ianya menjadi permulaan bagi kawasan yang paling tinggi di antara kawasan-kawasan lain di sepanjang perjalanan tersebut iaitu Genting Sempah.Plaza Tol Karak menjadi gerbang yang seterusnya kerana ia nya menjadi permulaan bagi kawasan Daerah Bentong.Sebaik sahaja melepasi plaza tol tersebut Lebuhraya Karak juga akan berakhir di situ.Mercu tanda seterusnya berada di Kawasan Daerah Raub iaitu deretan pelbagai bangunan di kiri dan kanan laluan tersebut.deretan pelbagai bangunan seperti sekolah,pejabat pendididkan,balai polis,deretan beberapa kedai lot dan sebagainya.Deretan bangunan ini menjadi satu gerbang kepada Bandar Raub kerana apabila melaluinya,pengguna laluan ini akan tahu bahawa mereka sudah memasuki kawasan Bandar Raub.

Gambar 11 : Terowong yang menjadi gerbang kedua selepas gerbang pertama di Plaza Tol Gombak.

Gambar 12 : Plaza Tol Karak yang menjadi gerbang yang kedua.

Gambar 12 : Salah satu bangunan yang berada di laluan Raub iaitu Balai Polis Daerah Raub.